Thursday, March 5, 2015

Tanya Ustaz : Mimpi Meninggal Dunia.

Assalamualikum, ustaz apakah maksud dalam mimpi , salah seorang ahli keluarga yang telah meninggal dunia mohon bantuan & pertolongan kerana dalam kesempitan ?

(Oly's Mohd Noor.)

Jawapan :

Waalakumussalam, dalam ETMMTI m/s 261 mimpi mati banyak tafsirannya : 

1. mimpi mati tanpa sakit bererti panjang umurnya. 

2. mimpi saudaranya mati sedangkan dia sedang sakit bermakna sudah dekat ajalnya. 

3. mimpi mati jika tanpa kain kafan bermana kefakiran 

4. mimpi terjadi kematian di satu tempat yang tidak di kenali bererti akan berlaku kebakaran. 

Secara umumnya kematian adalah satu kehilangan contoh yang lain jika seorang isteri mimpi suaminya mati ini bermakna dia akan di ceraikan atau seorang mimpi mati kemudian dia hidup kembali ini bermakna dia akan musafir jauh dan akan kembali semula. Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment